SAYA ANAK BUGIS
Membesar sebagai anak bugis jati mengajar saya betapa pentingnya warisan turun temurun yang perlu dikekal kan pada era modenisasi ini. Di tempat kelahiran saya, majoriti adalah berbangsa bugis selain dapat melihat suasana yang cukup menarik terutama dalam majlis perkahwinan dan kenduri dan pada hari raya.
Pada cuti hari raya ,saya berkesempatan pulang ke rumah meraihkan hari raya bersama keluarga tersayang saya dapat melihat ikatan yang erat antara penduduk kampung di kampung saya iaitu pada hari raya, kebanyakan penduduk akan memberi buras dan ayam lengkuas kepada jiran tetangga yang berbangsa lain seperti bajau,dusun dan kaum lain. kuih yang paling saya suka merupakan kuih bangkit yang merupakan kuih tradisi kaum bugis. Saya juga berkesempatan membantu ibu saya membuat kuih bangkit, dan buras sebelum menjelang hari raya.
sebagai penyambung warisan generasi, saya amat gembira membesar di tempat yang masih mengamalkan tradisi turun temurun dan bersyukur dapat mempelajari tentang sejarah kaum bugis, makanan, pakaian tradisional dan lain-lain.
saya berharap warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas